Dear readers,

Sebarang kenyataan di dalam blog ini belum tentu sahih. Apa saja yang ditulis merupakan pendapat dan hasil deria rasa tuan-punya-blog.

Masa lapang tuan-punya-blog terluang di sini dan di harap luahan tuan-punya-blog tidak menyinggung mana-mana pihak lantaran, i'll post whatever it interets me.

Mohon ampun sekiranya tersilap kata, terkasar bahasa!

These are my stories, Salam sayang dari Lena.

Sunday, January 16, 2011

Apabila Teringatkan Seseorang..

Baik ketika kita baru bangun dari tidur, baik ketika kita baru selesai menyapu rumah...nak..nak lagi ketika melepaskan hajat, wajah dan apa-apa saja yang berkaitan akan terus mengekori akal fikiran kita kepada orang itu.
Namun, adakah mereka juga sedang mengingati kita?

Saya tiba-tiba teringin untuk berkongsi kerana sepanjang hari ini saya asyik teringatkan dia. Walaupun dia hanya di depan mata tapi, sesungguhnya yang asyik keluar masuk dalam kotak fikiran saya adalah senyum, tawa, redup matanya yang dulu-dulu. (Haha). Kenapa pulak segalanya tentang dia yang dulu-dulu bikin hati membahang tiba-tiba...

Mungkin, satu saja solution saya.
Perkahwinan kami sudah menjangkau angka enam, maka mungkin sudah melepasi tahap bahaya dalam suatu perhubungan. Dan Tuhan itu Maha Adil, Dia mungkin memberi kembali kenangan itu supaya saya tidak leka. Supaya cinta yang disatukan utuh sehingga saat ini dan mudah-mudahan akan sentiasa mekar sehingga ke akhir hayat.

Hehe...

Selamat hari minggu.

No comments:

Post a Comment